Ada Ke Peluang Pekerjaan untuk Ijazah Pengajian Bahasa Inggeris dan Ijazah yang Berkaitan Dengannya?
Assalamualaikum w.b.t.,
Dah lama aku tak update blog, but hey I am back! So hari ni aku nak bercerita pasal kerja dan stress (kemurungan) akibat bakal diberhentikan kerja. Aku dah bekerja di sebuah syarikat GLC (half government) for about 3+ years as a translator/editor. Baru-baru ni, aku ditukarkan ke department lain iaitu daripada department Buku ke department Dokumen.
Mula-mula aku suka sebab dekat department dokumen aku dapat tengok secara lebih dekat aku punya progress untuk mencapai translation yang flawless. Sebab dekat department buku aku just bandingkan translation orang lain dan edit tapi di department dokumen, aku translate dan lepas editor sunting (edit) dia akan bagi pada aku untuk masukkan correction.
Cuma, di department dokumen aku kena buat pengurusan projek, iaitu lantik penterjemah luar untuk terjemah dokumen yang aku tak boleh terjemah dan uruskan pembayaran bagi penterjemah luar. Pada aku benda tu nonsense sebab yang diterjemah adalah sijil akademik students dari China yang mempunyai template, cuma aku tak faham bahasa mandarin je. Dokumen sangat simple dan setiap hari beratus-ratus sijil masuk untuk diterjemah. Aku rasa, why not hantar kami kursus bahasa mandarin asas dan kita terjemah secara dalaman je. Jimat masa dan juga duit company. Cuma aku tak ada kekuatan untuk suarakan pendapat je.
Selain stress sebab job scope yang berubah, aku makin stress sebab mungkin dalam 50% daripada 120+ orang staff company kami bakal diberhentikan kerja (VSS) sebab company dah tak mampu bayar gaji pekerja. Kami semua pelik sebab nampak banyak sangat duit masuk setiap hari, so why company sampai tak mampu?? Kata putus bakal diberikan sama ada minggu ini atau minggu depan pasal siapakah 60 orang itu. Tak semestinya 60, maybe lebih maybe juga kurang.
Last week AKPK, Jobs Malaysia, dan beberapa agensi berkaitan pemberhentian kerja datang company dan bagi talk pasal macam mana nak uruskan hutang kalau tiada gaji, cara mencari peluang pekerjaan dan agensi yang boleh membantu cari kerja, skim bantuan yang boleh diclaim kalau diberhentikan (VSS) dan juga khidmat kaunseling.
Oh lupa nak bagitahu maksud VSS. VSS ini ialah sejumlah pampasan 3 bulan gaji yang perlu dibayar oleh company jika diberhentikan tanpa alasan kukuh. Kita juga boleh claim semua yang dijanjikan ketika sign contract masa hari pertama kerja. Tapi sekarang malas pulak nak cari balik agreement tu. Haha
Berbalik kepada tajuk post ni pasal pengajian bahasa Inggeris ialah, masa aku cari kerja tahun ni, bidang Pengajian Bahasa Inggeris ataupun kerja translation atau yang berkaitan dengannya, tersangatlah sikit! Ramai kawan aku yang sambung master dalam pendidikan TESL ataupun kerja dalam bidang lain macam Human Resource ataupun jadi guru. Kecuali kalau nak jadi lecturer dalam course ni, boleh la further study in master. Tak dinafikan ramai juga kawan aku yang cemerlang dalam subjek ni terus sambung master sambil jadi lecturer di institusi pengajian.
Tak salah nak ambil course ni, belajarlah selagi boleh, cuma nanti kita kena bayar pinjaman semula, jadi lebih baik kita ambil course yang menjanjikan pekerjaan yang stabil dan boleh bantu mak ayah kita. Sebabnya aku dah lalui dan tengok industri publication dekat Malaysia ni jatuh dengan teruknya sejak tukar kerajaan. Ni aku tak nak salahkan sesiapa la, sebab siapa suruh bergantung dengan politik sangat. Contohnya, Utusan yang dah buang semua staf dia, katanya Syed Al-Bukhary cuma beli percetakan Utusan tapi tak perlukan staf. Maaflah kalau salah.
Dan sekarang, company tempat aku bekerja. Hari tu ada someone post di twitter tentang newspaper berbahasa Melayu tinggal lebih kurang 6 jenis akhbar, bahasa Inggeris dalam 11 jenis, manakala bahasa cina lebih dari 25 jenis akhbar. Utusan dan company aku yang hampir bankrup ni kerugian bila bantuan kerajaan ditarik balik padahal keuntungan company ni SANGAT TINGGI.
Therefore, bukan salah pembaca tak bagi sokongan tetapi salah pengurusan sumber. Kalau dilihat berita dalam akhbar Utusan, 100% politik berat sebelah dan berita hiburan yang matang, tapi ramai pembaca beli dan itu menyebabkan ramai yang beli ruang iklan dalam akhbar Utusan. Tapi dengan keuntungan yang maha banyak, Utusan bankrup dalam masa setahun lepas tukar kerajaan (bantuan dihentikan). Same goes to my company. So nak salahkan siapa? Tapi disebabkan industri publication yang makin hambar, kebebasan wartawan dalam melaporkan (banyak cedok akhbar lain je), dan penulisan yang tak matang, aku hentikan niat untuk sambung pengajian dalam bidang Journalism di UITM.
Kembali semula dalam jurusan pengajian yang relevan untuk dimohon. Firstly, untuk memohon jurusan, kita perlu tengok minat kita. Contohnya suka melukis boleh further dalam bidang architecture atau suka ubah suai susunan perabot rumah, boleh ambil interior design. Those two subject tergolong dalam kategori skills yang mempunyai permintaan yang agak tinggi. Tapi kalau bidang yang kita minat tak mendatangkan hasil yang cukup untuk survival kita dan keluarga, mohonlah bidang lain yang kita minat dan mendatangkan hasil yang lumayan.
Sepanjang aku go thru list job yang ditawarkan, yang aku perasan ialah tahun 2019 banyak permintaan skill untuk lepasan degree dari jurusan Network Analyst (IT), Cyber Security (IT), Software Engineer (IT), Oil & Gas Engineer, UI/UX designer (banyak permintaan tapi gaji tak dapat dipastikan), Cyber Intelligence, Liaison Aircraft Engineer (gaji besar tapi persaingan tinggi), Architect, dan sebegainya.
Adik-adik yang baru lepas SPM dimohon buat keputusan terbaik supaya adik semua tak menyesal di kemudian hari macam kami yang kurang sumber rujukan. Huhu sesungguhnya kami abang kakak awak ni ramai yang menyesal T.T Dinasihatkan adk-adik buat solat hajat sesungguhnya SPM ialah waktu untuk menentukan masa hadapan semua. Lepas dah selidik dan buat pilihan, adik-adik boleh fokus untuk berjaya dapat 4flat sepanjang pengajian. Orang kata, mimpi biar tinggi walau susah digapai. Segalanya berkemungkinan. InsyaAllah!
Comments
Post a Comment