Trip Redah Jogja - Pengenalan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
Disebabkan ramaiiii sangat tanya pasal trip Jogja sis hari tu (ecewahh), so hari ni sis melapangkan jadual untuk berkongsi pengalaman gila sis dengan kawan yang bernama Pah meredah Daerah Istimewa Yogyakarta yang cantik gilaaa yang mempunyai penduduk yang peramah gilaaa pada bulan Januari baru-baru ini. Haa tarik nafas panjang-panjang sebab bila korang habis baca ni maybe dah ada kereta terbang kat langit bila korang bukak tingkap. Bertabahlah ye.. Panjang gak la syarahan sis kali ni..
Posing bentar di KLIA 2.. Packing paling light untuk 4 hari
Muqaddimah
Tajuk trip kitorang “Trip Redah Jogja” sebab kitorang pergi hanya berDUA, aku dan Pah kedua-duanya PEREMPUAN dan pengangkutan utama kitorang kat Jogja ialah MOTOR. Ya, merempit. Kihkih. Walaupun tak tahu sangat tentang Jogja, first time pergi Indonesia, dan first time travel by our own; tapi trip ni berjaya dengan cemerlangnya. Thanks kat Pah lah sebab semangat Agi Idup Agi Ngelaban dia yang buat aku berani nak redah berdua je. Haha. Berani gila manusia ni merempit kat negara orang. Naseb dia berani dan volunteerkan diri untuk bawak motor, aku tiba2 jadi seram pulak bila kat tempat orang. Jom baca review aku sendiri untuk trip redah jogja ni.
Yuk rempit keliling-keliling Jogja..tutup muka untuk elak benda2 tak elok seperti habuk dan cowok merenyam (pakaian biar nampak jantan sikit untuk keselamatan)
Trip ni ambil masa selama 4 hari (tapi tak sampai 4 hari pun sebab sampai Jogja dah nak malam hahaha), tiba di Jogja pukul 5.30 petang (waktu ni matahari dah start menyorok dah) pada 19 Januari 2017 dan flight balik KL board pukul 6 petang dari Jogja. Masa book flight ni kitorang memang noob, tak guna apps skyscanner untuk scan tiket flight paling murah (tiket return dalam rm320, ada orang boleh dapat tak sampai rm200 return) dan apps agoda untuk cari hotel. Nasib baik hotel EDUhostel tu memang murah, kalau tukar ke RM cuma 18 ringgit je satu kepala dan facility dia sangat best (ada aircond, katil bersih, yang kureng cuma kena beli padlock sendiri untuk locker je). Oh ya, BAJET kami untuk 4 hari ni cuma IDR 1.9 juta, ataupun RM 620 (tak termasuk flight), tapi takde shopping sangat la sebab shoe string budget punya trip nih.

Sinopsis Day One & Two
Sempat kesini aja untuk hari pertama.. Ini dia papan tanda yang begitu popular di Jogja..
Disebabkan waktu yang agak pendek, kitorang memang terkejar-kejar untuk kesemua tempat. Masa first day kitorang relax lagi lah sebab baru sampai dan baru nak berkenalan dengan suasana dan penduduk setempat. Iyalah sampai pun hampir pukul 6 petang (5 ptg waktu Indo), which is kalau kat sana matahari dah mula hilang. Hari pertama 19 Jan tu kitorang  pusing2 Jogja naik kereta Ibuk Mujiyamah, check-in hostel, beli simkad, makan dan sewa motor. Hari kedua kitorang pulun habis-habisan banyak mana yang termampu. Kitorang dapat pergi 5 tempat; Merapi, Borobudur, Punthuk Setumbu, Gereja Ayam, dan last dan paling jauh sekali; Kalibiru. Haa kau.. Menangis nak naik ke Kalibiru ni. Kebas pungkoq mak rasa. Yang Kalibiru ni mak nak ceghita panjang sikit la.
Merapi, I Love You
Perjalanan hari kedua ni agak seksa jugak lah. Keluar pukul 3 pagi untuk tengok sunrise dari Gunung Merapi di belah utara Jogja. Kitorang redah hutan, merempit 50 minit ke Kaliadem Jeep 86 dalam kegelapan. Tapi ade jugak lah beberapa biji motor lain masa tu. Lepas sunrise kitorang dibawak pusing2 sekitar Merapi naik jeep (dia bawak jeep scary kot, terhentak2 dan rasa nak tercampak keluar. Memang hazab.. Warning ye untuk wanita2 mengandung, memang tak sesuai naik jeep ni). Lepas Merapi kitorang pergi 3 tempat iaitu candi Borobudur-Punthuk Setumbu-Gereja Ayam yang terletak di bahagian barat laut jogja, 1jam 20minit dari Merapi. Last sekali Kalibiru. Haha 3 tempat tu memang dekat-dekat, tapi dari Gereja Ayam ke Kalibiru memang…jauh (gila) perjalanan, luas (namati) pemandangannya. Dah lah 2 jam perjalanan (sebab naik motor), jaraknya 46.6 km selama 1 jam 30 minit, lepas tu jalan dia macam ular kena palu, bengkang-bengkok, mencanak naik 90 darjah dan berbatu-batu dan berlubang (hah yang ni pun tak sesuai bagi ibu mengandung)!
Friendly amat pelajar2 praktikal disini..oh ya dorang ni student sekolah menengah je tapi ada internship hokeii.,, kerrlasss kau jahh.

Pada mulanya ikut plan yang aku study dari itinerary orang yang pernah pergi Jogja, kitorang plan nak pergi Pantai Timang lepas sunrise Merapi tu, tapi lepas sunrise tu aku tukar plan. Sebab malam sebelum tu kitorang dok lepak (nongkrong) dengan mas yang jual kartu (simkad) tu, dia kata jalan nak ke Pantai Timang LUMAYAN susah (Haa ingat perkataan ‘lumayan’ ni mohon hadam dan fahamkan sebab perkataan ni selalu digunakan orang kat sana). Haa nampak kan the perks of travelling berdua je; kita boleh tukar plan in the very last minute dan ikut suka hati kucing kita je.
"Bilang sama saya yang di Jogja itu gak ada artinya sama kamu!"- Rangga, AADC2.. Punthuk Setumbu..
Sinopsis Day Three & Four
Done cerita sinopsis hari pertama dan kedua, hari ketiga (20 Jan 2017) kitorang amek supir. Nama supirnya mas Rendra. Dia jemput kitorang di EDUhostel pukul 3.30 pagi untuk sunrise di Kebun Buah Mangunan, Bantul iaitu sebuah kabupaten (daerah) di selatan Jogja. Masa dia jemput tu dia tercengang gak lah sebab kitorang berdua je naik kereta nissan yang boleh muat 7 orang tu. Keren banget. Hahaha. Siap genggam tangan kat belakang gaya menunggu vvip kat luar mobil (kereta) dengan muka bersemangatnya, lepas tu aku cakap “Cuma kami dua aja mas” sambil buat muka malas nak layan sebab ngantuk. Iyalah, kitorang sempat tido 2 jam je. Bila tayar start golek aku suruh mas Rendra singgah mana-mana Indomaret (kedai 7e) untuk beli roti dan air untuk breakfast. Dia singgah indomaret paling dekat, dekat jalan Ngampilan tu jugak rasanya.
Jalan Malioboro
Kitorang beli roti cheese-coklat 6 buku tu dengan air kotak dan biskut. Bila keluar tu cepat mas tu bangun dengan penuh semangat dan masuk kereta untuk teruskan perjalanan. Aku rasa bersalah pulak tak belikan apa-apa untuk dia. Haha. Lepas tu aku tanya la,  “Mas sudah makan ke?” dia jawab, “Udah. Minum air aja di rumah”, lepas tu aku angguk dan tidur. Hahaha. Ngantuk gila hokei. Memang krik krik je lah dalam kereta tu. Dah lah dengan gaya tido yang tak cover langsung (tak mampu dah nak cover2). Lagipun tu lah niat aku upah supir untuk satu hari, nak top up balik masa tido aku.
Macam dia tapi bukan dia.. Ini Kalibiru, bukan Bukit Tabur yaa..

So kitorang lah paling awal sampai kat kebun buah Mangunan tu. Masa sampai tu takde orang langsung, gelap dan sunyi. Tak lama lepas tu orang mula datang dan matahari mula keluar sikit2. Tak lama pun tempat tu jadi sesak gila dengan manusia. Tapi view kat sini memang ohsemweii. Lama jugak lah kitorang terpana melihat keindahan alam. Kahkah! Dengan awan dekat bawah, nampak kenderaan halus je bawah awan tu. Matahari keluar dalam bentuk garisan kat belah kiri kitorang, lama2 keluar jadi sebutir. Haha susah nak gambarkan, korang pergi lah sendiri. Mark kebun buah Mangunan ni sebagai lokasi wajib korang, okaii?
Kebun Buah Mangunan.. The sunrise view is very enchanting.. Tempat ni wajib repeat hokei!
Lepas tu kitorang pergi Jurang Tembelan, yang ada kapal terapung tu. Cantik jugak tempat ni, 5 minit je dari kebun buah tadi. Kat sini orang beratur nak amek gambar. Kalau nak amek gambar, fikir dulu pose apa nak buat dan angle gambar yang nak diambil siap2. ada bayaran parking je. Dekat kapal tu ada tabung derma, korang bagilah seikhlas hati. Lepas Jurang Tembelan, kitorang singgah satu waroeng (kedai) Mee Ayam kat satu simpang ni. Mee Ayam dia memang ummphhh! Dia ada macam2 jenis sos, korang try lah, memang sedap. Gambate lah ye nak keluarkan sos tu dari botol..hahaha. Lumayan susahhh. Hahaha.
Jurang Tembelan Kanigoro.. selalu lupa nama dia.. tapi dekat je dengan Kebun Buah Mangunan dan Hutan Pinus..
Seterusnya kitorang ke Hutan Pinus. Actually, Kebun Buah Mangunan-Jurang Tembelan-Hutan Pinus ni terletak berdekatan antara satu sama lain. Dan semua tempat ni memang lumayan cantikkk! Kalau pergi jogja lagi, wajib repeat ke tempat-tempat ni hokeii. Hutan pinus ni dipenuhi pokok-pokok pinus (bahan untuk seni lukis) yang tumbuh dengan sangat teratur dan tinggi-tinggi. Sebenarnya banyak lagi spot yang cantik dekat Hutan Pinus yang kitorang tak explore. Korang jangan ulang kesilapan kitorang keyh, tolong study spot2 yang orang selalu amek gambar kat insta sebelum datang sini. T.T
Hutan Pinus
Waktu tidak pernah berjalan mundur, Dan hari tidak pernah terulang,
Tetapi pagi selalu menawarkan cerita baru,
Bagi persoalan yang belum terjawab..

Selain 3 wisata ni, kitorang ada pergi ke Air Terjun Sri Gethuk, Pantai Timang <3, dan Bukit Bintang yang jauh-jauh antara satu sama lain. Perjalan dari Hutan Pinus ke Sri Gethuk ni lumayan jauh sampai aku tido dengan nyenyak sekali sepanjang jalan. Bila sampai Air Terjun Sri Gethuk tu aku terpisat-pisat bangun sampai supir tu tengok aku dengan pelik. Haha. Dah lah tak berbual, dalam kereta tido je manjang, pastu keluar kereta muka serabai. Aku malas dah nak amek port pasal rupa aku dah masa tu. Yang penting, tido! Haha.
Mee Ayam
Air Terjun Sri Gethuk ke Pantai Timang agak jauh jugak tu. Masa ni baru lah teman supir tu driving, berbual dengan dia. Masa dalam perjalanan tu lalu rumah parents dia, dia siap tunjuk sorang budak yang pakai uniform sekolah kat tepi jalan “Itu adik saya. Yang pegang batu tu”. Dia tak lambai ke berhenti pun, padahal jauh jugak jogja dengan tempat tu. Lepas tu dia bagitau rupanya dia selalu je balik kampung, seminggu-dua dia balik. “owh”, kitorang angguk. Lepas berbual-bual tu, ada satu jalan yang berbatu, rasa terhentak-hentak dan kitorang rasa pening sebab jalan tu lepas tu tido lagi sekali. Haha.
Lepas tu bila sampai tu aku terbangun dengan muka serabai lagi. Aku tengok Pah naik ojek (supir motor) so aku pun naik la motor dalam keadaan mamai tu. Supir Rendra risau tengok aku pakai kain. Tapi sebab aku pakai seluar kat dalam, so aku melangkah dan membonceng ojek dengan konpidennya. Haha aku dah study dulu la, so dah tawu la kena naik ojek. Hihi. Tapi mamai tu terus hilang masa layan jalan dia yang mencanak dan berbatu-batu. Sakit woi pinggang terhentak-hentak. Tangan yang menahan dari jatuh tergolek pun jadi sakit. Lepas setengah jam terseksa, aku dapat view yang subhanAllah, lumayan cantikkk!!! Masa tu aku tertanya-tanya, dah kat syurga ke ni? Serious weh. Kalau Pantai Timang ni tak jauh sangat, jalan naik ke hujung pantai tak seksa macam tu, memang aku repeat sepuluh kali pergi sana. Tapi kalau macam tu susah nak ke sana kena fikir sepuluh kali jugak sebelum pergi. Tapi view dia subhAllah cantikkk sangatt. Laut warna biru betul, ombak kuat macam nak tsunami, tapi amazingly breathtaking view okay!
Jauhh di hujung sana tu mungkin letaknya Malaysia..
Tetapi dimanakah letaknya hati awak?
Dalam 3 jam jugak kot lepak atas pulau, layan bunyi ombak, layan perasaan, buat live video kat FB, berbual dengan orang kat situ. Pulau dia Cuma ada satu pondok kecik je. Nak ke situ kena naik gondola merentasi laut bergelora yang macam nak mengamok tu. But its worth it! You should give a try. Lepas tu kitorang naik gondola balik dan naik ojek turun bawah. Haha terseksa lagi sekali. Lepas tu kitorang masuk kereta.
Masa ni lah aku cocok-cocok supir tu nak tambah satu lagi wisata untuk tengok sunset. Hehe. Aku cakap nak pergi Ratu Boko untuk tengok sunset, tapi dia bagitaw tak sempat sebab perjalanan 2 jam jugak ke sana dan pukul 5.30 tu dah start sunset. Hancur berkecai harapan aku sekejap. Lepas tu aku tido. Dalam sejam lepas tu aku bangun la, tengok Pah tengah tido. Tak tanya dengan Pah pun aku terus cakap dekat pak supir, “Terus ke hotel aja lah” dengan suara putus harapan. Mas rendra ikut je.

Sunset dari Bukit bintang, Wonosari..
Aku berbual-bual la sambil dia drive. Tiba2 nampak kawasan yang cantik. Dia kata, “Ini Bukit Bintang, Wonosari. Tempat orang melihat sunset. Mahu singgah nggak?” Aku memang pantang bab-bab melepak (nongkrong) ni, memang hobi aku. Cepat2 aku cakap, “Kalau singgah boleh nggak?” dan dia terus berhenti dan park kereta. Lumayannn view sunsetnyaa.. ada banyak kedai lesehan bertingkat-tingkat kat sini. Petang-petang penuh dengan orang minum petang sambil tengok sunset kat situ. Tapi yang bestnya ialah jagung cheese. Memang menjilat jari. Lagi pulak minum dengan teh angat. Kat situ pah bukak cerita kat supir Rendra, “kitorang minum the je sepanjang dekat Jogja ni sebab tak tahu yang lain ni minuman apa”, lepas tu mas Rendra gelakkan kitorang dan terangkan setiap minuman dekat menu tu. Hahaha. Kan dah kata ni trip redah yang mana kitorang memang tak tahu apa2. Kahkahkah!

Lesehan bertingkat di Bukit Bintang, Wonosari. Kedai makan yang dipenuhi dengan pencinta matahari terbenam dikala senja..
Dari Bukit Bintang kami terus ke bandar Jogja. Aku macam biasa, tentukan sendiri ke mana kitorang nak pergi, aku cakap kat mas rendra, “turunkan kami di kedai rental motor ya mas” haha. Mula2 pergi kedai yang bos mas rendra tu  suggestkan, tapi motor takde dia kata. Terpaksa lah menebalkan muka sewa motor dengan Mas Joko tu lagi sekali, walaupun aku dah berleter kat dia semalam. Hahaha. Panjang pulak jodoh kita ye.

Cara Plan Trip
Back to the start, tiket flight kitorang booking DUA bulan sebelum penerbangan (tanpa tahu apa-apa pun pasal Jogja). But then, beberapa minggu sebelum flight sis mula risau sikit lah. Time tu lah tanya kawan2 yang pernah pergi, mintak itinerary trip, baca pasal tempat2 best kat Jogja, tempat makan, sewa motor, supir dan hotel. Actually kalau korang nak buat trip redah cara backpackers, tak payah amek pakej pun. List kan wisata (tempat pelancongan) menarik untuk korang pergi (instagram & facebook), tengok jarak perjalanan antara tempat2 tu (googlemaps & waze), tengok pukul berapa buka-tutup (google & facebook), bayaran yang dikenakan (google & facebook). Itu je. Paling senang nak pelan, baca blog dan yang terbaik search itinerary dalam facebook “Backpackers Buddies Malaysia” je, melambak orang share itinerary Jogja ni. Sebab orang Malaysia memang melambak pun dekat Jogja tu, ni semua penangan AADC la ni!

Transportation
Pengangkutan kat sana ada macam2 jenis. Dari bandara (airport) ke kota jogja boleh ambil bas Transjogja A1 (Kota), dalam bandar pun boleh naik bas ni, tapi tulah, nasib kitorang baik betul haha.. Alhamdulillah sangat2 sebab kitorang berkenalan dengan Ibuk Mujiyamah yang tolong uruskan segalanya masa first day kat sana. Cerita yang lebih details akan dikongsi selepas ini. Selain TransJogja, korang boleh download aplikasi Go-Jek, daripada apps ni korang boleh book supir motor, atau supir kereta, atau penghantaran makanan ke bilik dan macam-macam lagilah. Apps Go-Jek ni cover mostly semua bandar-bandar besar dekat Indonesia.
Download apps GoJek sebaik mendarat.. 
Thanks to mas-yang-sewakan-motor tu sebab ajarkan sis guna apps ni. Oh ya, bayaran Transjogja dalam IDR 10k je, lebih kurang rapid lah. Go-Jek pulak bayaran dia sebenarnya sangat2 murah, Mas Joko (aku tak tahu nama mas-yang-sewakan-motor so aku namakan dia Mas Joko) suruh kitorang bagi tips lebih sikit sebab bayaran yang dia mintak tu biasanya rendah dari market value (Apehal guna terms real estate pulak ni.. Haha). Selain tu, ada perkhidmatan beca keliling kota Jogja dengan hanya IDR 10k je (kalau tak silap lah). Tapi kalau kesian kat om (pakcik) yang kayuh beca tu, tolonglah bagi lebih sikit, sebab IDR10k tu dalam RM3+ je. Transport lain? Sewa motor lah macam kitorang buat. Kalau nak buat lagi rare, sewalah basikal. Kalau ada lah. Haa..

Tempat Makan
Okay moving on to kuliner (tempat makan), janganlah makan warung-warung tepi jalan, lagi-lagi area bandar. Kitorang ada makan satu kuliner nasi ayam penyet tepi jalan, itu pun lepas sorang brader ni suggestkan. Dia pernah kerja dekat Malaysia katanya, tengok cara pun dia macam muslim, dan patutnya dia tahulah kan aku nak makanan yang halal. Kuliner tu pun nampak macam perusahaan muslim je. So kami melantak la sepuas-puasnya. Hari first tu ibuk belanja kitorang makan dekat Gudeg Yu Djum. Untuk nasihat, janganlah makan chinese food, sebab mostly tak halal. Selain tu kitorang makan dekat kuliner Nasi Padang jugak. Gaya kedai dia macam kat Malaysia, pilih nak lauk apa lepas tu cedok, makan, lepas tu baru bayar. Tapi yang kelakarnya kat sini, Pah termakan otak sapi (lembu). Lepas makan baru tahu. Kahkahkah! Bikin ngakak aja kamu ini. Gokil dech.. (K aku hentam je ni).
Waroeng makan nasi ayam penyet tepi jalan
Selain tu kitorang makan kat Waroeng Mee Ayam dalam perjalanan dari Jurang Tembelan ke Hutan Pinus pada hari ketiga, yang ni supir kitorang bawak (yelah, dah kebas pungkoq sebab hari sebelum tu merempit sepanjang hari.. Mak talarattt nak oii. Lagipun penjual simkad banyak kali ulang “lumayan susah jalan ke Pantai Timang itu mbak, gak boleh guna sepeda motor untuk kesana”, jadi kitorang ameklah supir). Keseluruhannya kitorang makan 4 kali je sepanjang 4 Hari 3 Malam sebab nak mengejar masa. Tidur sejam-dua, makan pun sekali sehari. Sadis. Tapi bahagia dapat explore tempat yang tak pernah pergi, adat dan budaya berlainan, bahasa agak berbeza, berkenalan dengan penduduk lokal, kitorang sanggup <3. Tapi pagi2 kitorang beli breakfast roti dan air kotak pada pukul 3 pagi dekat IndoMaret (macam 7e) yang bukak 24jam. Aku suka berborak dengan semua orang sampai anak ikan yang kerja kat situ pun aku tegur, “Nggak mengantuk ke?” Dia geleng je sambil senyum. Haha. Gelakkan aku yang cuba berbahasa Indo tapi fail ni ke hape. Tapi sekurang-kurangnya aku dah menceriakan hari orang lain =p Kihkih.

Kesimpulan
Backpack dan sekotak Bakpia 25.. Yummeh

Lastly, sebelum travel tu pastikan passport masih ada tempoh sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum expiry date, duit tukar ke Rupiah (sis tukar 1.9 juta IDR = RM620+), bawak la baju sikit (kalau pergi 4 hari, bawak lah baju tidur 1 pasang, baju jalan sekurang-kurangnya 5 pasang), bawak alatan penting yang lain seperti universal adapter, extension, phone, purse, passport dan kamera, bawak ketenangan dalam jiwa, then off you go!
Oh ya, pasal kebenaran parents, haha semoga mak bapak kami bertabah lah ye. Sebab bila fikir balik kalau aku ada anak yang tak reti dok diam macam ni memang mengucap seribu kali lah. Tapi aku akan cuba jadi parents yang memahami; aku yang bawak dorang pergi trip yang adventurous macam ni walaupun dorang tak nak. Kahkah. Kalau tengok respons mak aku masa mintak kebenaran, dia macam terpaksa merelakan, tapi dia lebih rela aku travel daripada pergi hiking sebenarnya. Haha. Sebab lepas balik dari Jogja (yang mana dia bagi permission) ni, aku mintak kebenaran untuk hiking dekat Mersing, mak aihhh seminggu kena bebel. Fuhh! So adik2, janganlah ikut contoh akak yang agak durhaka ini.. Sobs sobs.. (Tapi orang tua kan ada kata; hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Kihkihkih. Shhh..) 

#jomblodikotajogja
#mudabukanselalu
#singleladiesonavacation

Eh nanti duluuu... teruskan baca yang ni pulak ye:
 http://mudabukanselalu.blogspot.my/2017/02/jogja-survival-trip-senarai-wisata.html

Comments

Popular posts from this blog

Ada Ke Peluang Pekerjaan untuk Ijazah Pengajian Bahasa Inggeris dan Ijazah yang Berkaitan Dengannya?

Trip Redah Jogja - Senarai Wisata